ASSALAMUALAIKUM..
Haish time cam ni lah nak syok beraya kan? Dapat duit raya. lepas tu kasi habis blanja kat mall kat kawan kat semau lah satu dunia kalau boleh kan? ni nak Habaq kat depo semuo. raya saya kali ni lain tau.. kecoh! pagi raya tu mak saya amik lah akak and abang saya.. kita orang pi raya umah atok kat sg. buloh. lepas balik dari sg. buloh saya sekeluarga pi lah pulak raya umah orang lain. sedara mara, pak cik mak cik kan? dalam pejalanan nak balik tuh pi le singgah jap kat shell isi minyak.. dah pi tu kita semuo pi lah singgah lak kat 7e nak bli komik . saya beli lah komik yomogi 1 dan 2. kakak saya pulak beli komik teman lelaki terhebat.. Tengah syok shopping kami sekeluarga beli apa yang patut untuk ilang kan penat mak saya yang saya panggil umi pun tanya.. "mana akim?" adik saya yang umo nye dah masok 13 tahun pun cakap lah yang akim tido dalam kereta masa tengah syok baca komik tiba-tiba mak saya jerit saya pun tergendala nak baca komik terus saya tutup. mak saya pun pandu macam orang gila pi stesen minyak yang jauh nya 2 batu. akim tertinggal rupanya.. apalagi akak saya pun lepas je benti kat tepi jalan terus keluar kereta. abis jatuh sume duit syiling dia. kakak n abang pun terus seberang umi terus pandu.. nasib baik adik saya selamat. orang yang jaga mesin jumpa dia.. fuhh.. lega. adik-adik jangan keluar kereta tak cakap kan dah lupa mak bapak kan susah semua orang. Mak bapak lak, kena lebih awasi anak-anak ye.
Isnin, 5 September 2011
Sabtu, 27 Ogos 2011
Diari bulan puasa 2
ASSALAMUALIKUM...
Hari ini saya balik rumah mak.. nak tolong kemas-kemas sikit. Korang macam mana? Tak nak tolong mak kemas rumah ke cuci kain ke? Tak kan lah sebab bulan puasa korang tak nak tolong kot? Kesian kat mak bapak korang tau. Korang tak ada semangat nak raya ke? Kalau ada semangat pergi lah tolong. Tak ada semangat apa kata korang dengar lagu raya? Sambil tu buat lah kerja rumah.
Hari ini saya tolong mak saya pasang langsir. Tema kami tahun ni warna hijau tau. Hijau pucuk pisang lah macam gitu. Tahun ni korang tema apa? Biru? Kuning? Merah? Apa-apa jelah ye? hehe.. Kami pilih tema hijau tahu ni sebab mak saya terbelikan adik saya baju warna hijau. Semua sebab rambang mata, ada jualan murah punya pasal lah. Haa... Time cam ni lah banyak jualan murah. Yang dok memandang apa lagi, angkat langkah seribu lah pergi mall. Masa tu kalau boleh semua benda nak di beli nya kan? Duit pun habis bab situ ajelah. Zakat fitrah jangan lupa bayar pulak ye..
Kadang-kadang kan masa kita mengemas ada lah anasir-anasir yang suka mengacau. Terbantut nak buat kerja kan? Kalau kita dok menyapu sibuk dok cuit-cuit orang, tarik-tarik rambut. Biasa yang sibuk mengusik ni, urmm.. abang, kakak, adik semua yang bersangkut paut dengan family lah kata kan. Di sebabkan nak balas dendam di kejarnya satu rumah. Tak cukup tanah nak lari. Riuh lah satu rumah macam nak berperang gamak nya.
Dalam pada tu ada jugak yang tolong mak buat kuih raya. Tahun ni saya dengan wan saya buat kuih cornflakes, sarang semut dan coklat chip, itu ajelah.. Korang pulak buat kuih apa je tahun ni? Berapa jenis kuih? ke korang tempah je? Apa je lah ye? Janji raya pergi rumah orang dapat duit ye tak? Tapi bagi yang dah dewasa tu tak payah lah tebal muka sekadar nak duit raya. Kita raya ni sebenarnya bukan untuk duit tetapi untuk ziarah orang yang dah lama kita tak ziarah, untuk raikan kemenangan perjuangan prajurit Islam tau!
Okey sampai sini aje untuk hari ini semoga korang semua sihat sejahtera ye? Insya-ALLAH...
sign,
XIRA..
Jumaat, 26 Ogos 2011
Diari bulan puasa
ASSALAMUALAIKUM..
Apa kahbar semua.. Dalam bulan mulia iaitu bulan puasa ramai yang tak tahan dengan teriknya haba cahaya matahari.. Terus terang saya pun tak tahan sebenar nya. Tapi kita kena kuat kan semangat. Jangan sampai kita tunduk pada hawa nafsu. Walaupun syaitan sudah di ikat tetapi ada nafsu yang menghalang kita untuk membuat perkara yang elok. Saya ada sedikit cara untuk mengelakkan diri dari membatalkan niat untuk berpuasa..
First sekali kita kena selalu sibuk kan diri. Contoh nya tolong mak kemas rumah. Kalau kita sibukkan diri tak ada lah kita rasa nak buka puasa... Selain itu, kita akan lupa sampai tak sedar yang kita dah nak buka puasa. Saya kalau di rumah suka sibuk kan diri dengan memasak. Sampaikan lepas masak saya baru nak duduk dah dengar azan. Tapi bukan azan isyak ye.. Azan maghrib..
Ada lagi.. Kita juga boleh study.. Kita study dengan kawan baru lah syok.. Tapi jangan pula kita borak lebih study apa pun tarak. Dalam kita study tu kita sembanglah sikit-sikit supaya tak bosan.. Contoh dalam study tu kita selitkan lawak sikit. Baru ada semangat. Bagi yang suka study sambil dengar lagu pun boleh juga. Janji apa yang masuk dalam exam bukan lagu yang di dengar sudah lah. Naya nak jawab exam nanti.
Selain daripada itu, kita boleh pergi bersukan jap. Macam abang dan adik sepupu saya. Mereka pergi main bola sepak di waktu petang. Dahaga pada bulan puasa tidak menghalang mereka untuk pergi bersukan. Sebenarnya sukan di bulan puasa ni elok untuk kita. Ia mencergas kan tubuh badan tau. Jangan sangka bulan puasa tak boleh sukan. Kebanyakan orang cakap 'penatlah' ada yang kata 'tak penat ke bulan puasa macam ni dengan panas terik pergi main bola' memang penat apa? kita puasa ke tak puasa ke sama je penat nya..
Yang akhir sekali, kita pergi masjid atau surau buat kerja moreh. hah, yang ni abang dan adik sepupu saya lepas dah pergi sukan, mereka balik dan bersiap untuk ke moreh. Moreh ni lebih kurang macam kerja membungkus dan menghidang makanan.
Okey sampai sini aje lah nak kongsi pasal bulan ramadahan..
sign,
XIRA
Langgan:
Ulasan (Atom)