Sabtu, 27 Ogos 2011

Diari bulan puasa 2

ASSALAMUALIKUM...

Hari ini saya balik rumah mak.. nak tolong kemas-kemas sikit. Korang macam mana? Tak nak tolong mak kemas rumah ke cuci kain ke? Tak kan lah sebab bulan puasa korang tak nak tolong kot? Kesian kat mak bapak korang tau. Korang tak ada semangat nak raya ke? Kalau ada semangat pergi lah tolong. Tak ada semangat apa kata korang dengar lagu raya? Sambil tu buat lah kerja rumah.


    Hari ini saya tolong mak saya pasang langsir. Tema kami tahun ni warna hijau tau. Hijau pucuk pisang lah macam gitu. Tahun ni korang tema apa? Biru? Kuning? Merah? Apa-apa jelah ye? hehe.. Kami pilih tema hijau tahu ni sebab mak saya terbelikan adik saya baju warna hijau. Semua sebab rambang mata, ada jualan murah punya pasal lah. Haa... Time cam ni lah banyak jualan murah. Yang dok memandang apa lagi, angkat langkah seribu lah pergi mall. Masa tu kalau boleh semua benda nak di beli nya kan? Duit pun habis bab situ ajelah. Zakat fitrah jangan lupa bayar pulak ye..

   Kadang-kadang kan masa kita mengemas ada lah anasir-anasir yang suka mengacau. Terbantut nak buat kerja kan? Kalau kita dok menyapu sibuk dok cuit-cuit orang, tarik-tarik rambut. Biasa yang sibuk mengusik ni, urmm.. abang, kakak, adik semua yang bersangkut paut dengan family lah kata kan. Di sebabkan nak balas dendam di kejarnya satu rumah. Tak cukup tanah nak lari. Riuh lah satu rumah macam nak berperang gamak nya.

  Dalam pada tu ada jugak yang tolong mak buat kuih raya. Tahun ni saya dengan wan saya buat kuih cornflakes, sarang semut dan coklat chip, itu ajelah.. Korang pulak buat kuih apa je tahun ni? Berapa jenis kuih? ke korang tempah je? Apa je lah ye? Janji raya pergi rumah orang dapat duit ye tak? Tapi bagi yang dah dewasa tu tak payah lah tebal muka sekadar nak duit raya. Kita raya ni sebenarnya bukan untuk duit tetapi untuk ziarah orang yang dah lama kita tak ziarah, untuk raikan kemenangan perjuangan prajurit Islam tau!


Okey sampai sini aje untuk hari ini semoga korang semua sihat sejahtera ye? Insya-ALLAH...


                                                                                                                 sign,
                                                                                                                XIRA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan