Jumaat, 26 Ogos 2011

Diari bulan puasa

ASSALAMUALAIKUM.. 

 Apa kahbar semua.. Dalam bulan mulia iaitu bulan puasa ramai yang tak tahan dengan teriknya haba cahaya matahari.. Terus terang saya pun tak tahan sebenar nya. Tapi kita kena kuat kan semangat. Jangan sampai kita tunduk pada hawa nafsu. Walaupun syaitan sudah di ikat tetapi ada nafsu yang menghalang kita untuk membuat perkara yang elok. Saya ada sedikit cara untuk mengelakkan diri dari membatalkan niat untuk berpuasa..
   First sekali kita kena selalu sibuk kan diri. Contoh nya tolong mak kemas rumah. Kalau kita sibukkan diri tak ada lah kita rasa nak buka puasa... Selain itu, kita akan lupa sampai tak sedar yang kita dah nak buka puasa. Saya kalau di rumah suka sibuk kan diri dengan memasak. Sampaikan lepas masak saya baru nak duduk dah dengar azan. Tapi bukan azan isyak ye.. Azan maghrib..
    Ada lagi.. Kita juga boleh study.. Kita study dengan kawan baru lah syok.. Tapi jangan pula kita borak lebih study apa pun tarak. Dalam kita study tu kita sembanglah sikit-sikit supaya tak bosan.. Contoh dalam study tu kita selitkan lawak sikit. Baru ada semangat. Bagi yang suka study sambil dengar lagu pun boleh juga. Janji apa yang masuk dalam exam bukan lagu yang di dengar sudah lah. Naya nak jawab exam nanti.
  Selain daripada itu, kita boleh pergi bersukan jap. Macam abang dan adik sepupu saya. Mereka pergi main bola sepak di waktu petang. Dahaga pada bulan puasa tidak menghalang mereka untuk pergi bersukan. Sebenarnya sukan di bulan puasa ni elok untuk kita. Ia mencergas kan tubuh badan tau. Jangan sangka bulan puasa tak boleh sukan. Kebanyakan orang cakap 'penatlah' ada yang kata 'tak penat ke bulan puasa macam ni dengan panas terik pergi main bola' memang penat apa? kita puasa ke tak puasa ke sama je penat nya..
   Yang akhir sekali, kita pergi masjid atau surau buat kerja moreh. hah, yang ni abang dan adik sepupu saya lepas dah pergi sukan, mereka balik dan bersiap untuk ke moreh. Moreh ni lebih kurang macam kerja membungkus dan menghidang makanan.    

Okey sampai sini aje lah nak kongsi pasal bulan ramadahan.. 

                                                                                                 sign,
                                                                                                XIRA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan